Episod 17

Episod 17

Zaara dengan berat hati terpaksa menyuruh Irham menerima permintaan mamanya itu. Di majlis ulang tahun perkahwinannya bersama Tan Sri Zahir, Pn Seri terus membuat pengumuman yang dia bakal mendapat menantu baru iaitu Sherry yang akan berkahwin dengan Irham.

Petikan dari novel :
"Awak kahwin dengan Sherry ya?" Zaara bersuara sambil memeluk erat tubuh Irham dari belakang. Sendu yg cuba ditahannya akhirnya kedengaran juga. Irham yg tersentak dgn tindakan dan kata2 Zaara itu, mengeluh sekali lagi, namun lebih perlahan.
"Kalau itu yg kau nak, aku ikut. Tapi kau jangan menyesal..." suara Irham kedengaran lirih. Dia juga sudah tidak mampu berfikir lagi, benar atau salah tindakan yg bakal diambilnya nanti.
Zaara diam, namun tetap memeluk Irham dgn erat. Hatinya sakit, namun itulah perkara yg sebaik2nya dilakukan sebagai seorang isteri dan menantu pd Pn Seri Maryam. Sekurang2nya dia telah memenuhi insan kesayangan suaminya itu.
"Fiz, aku memang cintakan dia. Aku tak sanggup kehilangan dia. Aku lebih rela berkorban dan dimadukan dari ditinggalkan," ~~ Zaara Amirah